Dah penat dah aku tulis dalam omputih. Sempena cuti dari sekolah omputih aku yang 3 bulan ni, aku nak 'pause' kejap dari beromputih. Bahasa Malaysia aku tak gempak, so kalau cam ter-matsalleh atau ter-indon tu sorry lah ya sayang2! So baru2 ni aku dah batchmateku semua kene g geriatric site visit. Eleh. Lawatan ke rumah orang tua je. Kat sana kitorang borak2 dgn org tua pastu guna diorang utk practice musculoskeletal examination. hehe mintak consent dulu le..
Anyway on the way back tu yang rase lain tu. Cikgu tu selambe derk je bawak laju dan bila sampai kat roundabout shah alam yang tak bersignboard tu pakai jalan je. Cam lupe je yang aku ikut kat belakang nie. Mase tu dah rase laen dah, tapi sabar jela.
Pastu, dah nak dekat sampai petaling jaya tu dah lega sikit, masa nak approach satu flyover ni tetibe die swirve kiri takde signal ape. Shit aku pun buat desicion dalam that split second teramat bijak utk masuk kiri jugak . Kedegang melanggar la 5 atau 6 divider oren tu before aku brake untuk mengelakkan langgar divider besi tu.. Skali kedegang! Wira langgar bontot kete Rio ku. Kedegang! Ada Mazda merah ni langgar bontot Wira tu. What a genius, Irma, you just initited a 3-car collision. Kete2 blakang tu memang teruk ar.
Mazda tu mmg teruk la kene kat bahagian enjin dia, terrabak hood dia. Wira tu kemik, pecah lampu-lampu dia.
Aku tak hero langsung. Mata terbeliak, ape yang keluar dari my lovely lips hanyelah.." I think I should stop, I think I should stop".. Tapi kengkawan aku nie, kata, "Irma, just go. There's no way you can stop here." Betul jugak dua org nie, Kalau stop memang teruk lah traffic jam habis, jalan tu dah la kecik. Aku pun jalan.
Ada satu kete wira ni lampu pecah berenti kat sebelah aku masa kat traffic light. Aku kata dalam hati, "kesian, nasib dia sama cam aku. Tah bile la dia accident." Tetibe teringat, eh, ni la wira kawan sepelanggaran aku tadi. Wira tu tak hon, tak buat pigi dah kat aku, dia senyap je. Nasib baik, kalau tak aku heart attack jam tu jugak.
Sampai je Monash, baru la aku tau, yang sebenarnya my act of running away is ok. The rule is "cemana2 accident pun, kalau kereta belakang langgar depan, kereta belakang memang selalu yang salah". Tah ape lah dulu belajar kat sekolah memandu yang kene kira "satu ribu satu, satu ribu dua..". Em..I dah lupe apa org tu ajar.
Aku check kete aku, tak kemik pun. Cuma bumper je crak sket. Depan pun tak dent langsung. Dalam hati, "cet, kuat jugak kete tua ni.Hehe"
So, aku pun ponteng kelas petang tu, sebab aku masih terkejut. Aku park, pastu mak aku amik la, balik umah. Mengade ke? Biar la..memang pun. Lepas dua hari, aku drive cam biasa. Dan I learned something about driving too..Kalau terlepas, jalan je.
There is a catch to this story. Balik je rumah, baru aku sedar yang aku tak bawak lesen memadu, IC, satu wallet aku tertinggal. Ish Ish Ish
Nasib baik tak berhenti..Heh.